Eksplorasi Cilik Digital Sesi Ogos 2024
18 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Ogos pada 17 ogos 2024, Ahad. Seramai 15 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai aktiviti tersebut. Pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya ialah STEM IoT, E-learning, Basic ICT dan juga softskills.
Antara aktiviti STEM yang dijalankan ialah Build Styrofoam Structure, Paper Cup Pinwheel dan Paper Plate Maze. Untuk menghasilkan Styrofoam Structure, petugas NADI telah menyediakan Styrofoam dan toothpick. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk menghasilkan bangunan yang paling tinggi dan kukuh mengikut kreativiti pelajar-pelajar tersebut. Manakala untuk menghasilkan Paper Cup Pinwheel menggunakan paper cup, gunting, straw dan toothpick. Aktiviti ini adalah untuk menguji Paper Cup Pinwheel tersebut dapat begerak apabila ditiup angin. Selain itu, pelajar-pelajar juga belajar cara membuat Paper Plate Maze menggunakan paper plate, straw, gunting dan guli. Petugas NADI membuat demonstrasi kepada plajar cara membuat Paper Plate Maze dan pelajar-pelajar menghasilkan Paper Plate Maze mengikut kreativiti dan sekaligus pelajar-pelajar tersebut berfikir secara kritis.
Kelas Asas ICT pula, petugas NADI telah memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar bagaimana cara menghasilkan poster sempena Hari Merdeka menggunakan Microsoft Powerpoint. Selain itu, pelajar-pelajar juga diminta membuat carian didalam Google lagu Negaraku dan Rukun Negara dan menaip semula di dalam Microsoft Words. Hal ini untuk melatih pelajar-pelajar untuk pantas menaip. Selain itu, petugas NADI mengajar pelajar-pelajar untuk mengenal 14 negeri dalam Malaysia dengan melabel nama setiap negeri. Pelajar-pelajar membuat carian peta negeri dan melabel negeri menggunakan text box di dalam Microsoft Words.
Kelas E-learning pula, NADI Sg Bandung telah mengadakan kuiz kemerdekaan di dalam Wordwall sempena bulan kemerdekaan. Selain itu, pelajar-pelajar juga belajar mengenal peralatan elektrik. Pelajar-pelajar menjawab kuiz peralatan elekrik di dalam Wordwall.
Untuk kelas softskill pula, pelbagai aktiviti yang diadakan antaranya ialah Tanjak Merdeka dan Merdeka Craft. Para pelajar diminta untuk mewarnakan Tanjak Merdeka dan menggunting Tanjak tersebut apabila telah siap diwarna.
Selain itu juga, petugas NADI telah membuka video tayangan Klik dengan Bijak kepada pelajar-pelajar tersebut berkaitan Pencegahan Vandalisme dan Keselamatan Internet iaitu Video Omar dan Hana. Hal ini untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar tersebut untuk tidak melakukan vandalisme dan melayari internet secara berhemah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: